Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Hanya Satu Adunan Tapi Boleh Dapat 2 Jenis Kuih Akok, Akok Pandan Dan Akok Jagung Yang Menggiurkan, Yang Penting Kurang Gula!

Hanya Satu Adunan Tapi Boleh Dapat 2 Jenis Kuih Akok, Akok Pandan Dan Akok Jagung Yang Menggiurkan, Yang Penting Kurang Gula!

Kategori: ,
resepi-kuih-akok-sedap

Kuih Akok merupakan antara kuih tradisional yang sangat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Pelbagai jenis kuih akok yang ada, antaranya adalah kuih akok pandan dan kuih akok jagung. Teringin nak makan kedua-duanya? Jangan bimbang boleh buat sendiri. Guna satu adunan sahaja tapi boleh dapat dua jenis akok tau.

Hanya Satu Adunan Tapi Boleh Dapat 2 Jenis Kuih Akok, Akok Pandan Dan Akok Jagung Yang Menggiurkan, Yang Penting Kurang Gula!

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji telur
  • 1 cwan santan pekat
  • 1 cawan air masakkan dgn 3/4 cawan gula dan daun pandan

…Sejukkan

  • 1 sudu besar tepung beras
  • 4 sudu besar gandum
  • 1 sdt garam
  • 6 biji telur
  • 1 cwan santan pekat
  • 1 cawan air masakkan dgn 3/4 cawan gula dan daun pandan

..sejukkan

  • 1 sudu besar tepung beras
  • 4 sudu besar gandum
  • 1 sdt garam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kisar tepung-tepung dan telur menggunakan blender atau whisk.
  2. Masukkan santan, garam dan air gula.
  3. Kemudian tapis.
  4. Selepas tapis boleh masukkan ke dalam acuan dan bakar sehingga masak.
  5. Untuk flavour jagung, lepas tapis tadi masukkan 1 cup jagung tin cream. Manakala kalau nak yang pandan boleh tukarkan 1 cawan air tadi kepada 1 cawan air kisaran daun panda.
  6. Bakar sehingga masak dan siap untuk dihidangkan.

Nampak mudah sahaja resepi ini, kan? Bagi anda yang gemarkan akok, boleh lah ke dapur dan menyediakannya.

Selamat mencuba!

Kredit: Nur Shahidar Amsyar

Baca Juga: Ini Cara Untuk Menyediakan Penjaram Dengan Cara Yang Mudah, Confirm Akan Menjadi Kegemaran Keluarga Bila Dicuba!

tags: |