Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kuih Tradisional Gula Lompang Merah Ini Makin Dilupakan, Susah Untuk Dapat Sekarang. Jadi Jom Kita Buat Sendiri!

Kuih Tradisional Gula Lompang Merah Ini Makin Dilupakan, Susah Untuk Dapat Sekarang. Jadi Jom Kita Buat Sendiri!

Kategori: ,

Banyak kuih tradisional yang telah dilupakan oleh orang ramai. Salah satu sebab mungkin kerana susah untuk pergi ke pasar. Atau mungkin tak ramai ibu bapa yang mengajar atau mengenali kuih tradisional kepada anak-anak beliau.

Salah satu kuih tersebut adalah Kuih Gula Lompang Merah dan kuih ini boleh dapatkan di mana-mana pasar pagi terutamanya di Pantai Timur.

Kuih Tradisional Gula Lompang Merah Ini Makin Dilupakan, Susah Untuk Dapat Sekarang. Jadi Jom Kita Buat Sendiri!

Resepi ini dikongsikan oleh CT Liz di group Facebook Masak Apa Hari Ini? dan menerangkan satu persatu bahan dan cara memasaknya.

Kuih Gula Lompang Merah

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 3 sudu makan gula putih (gaul rata hingga gula hancur)
  • 2 cawan tepung beras cap teratai
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 2 sudu teh air kapur jernih
  • Sedikit garam halus
  • kelapa parut
  • secubit garam

Cara Penyediaannya:

  1. Satukan tepung beras dan tepung ubi dalam besen.
  2. Masukan air gula merah.
  3. Kacau hingga semua larut kemudian tapis.
  4. Sementara itu panaskan kukusan.
  5. Oles minyak dalam acuan lompang terlebih dahulu .
  6. Kacau dulu bancuhan tepung tadi sebelum tuang kedalam acuan.
  7. Tutup pengukus dan kukus dalam 10 minit dengan api besar.
  8. Sejukkan kuih lompang dahulu baru boleh dikeluarkan dari acuan .
  9. Kukus kelapa parut yang dah dicampur garam
Kuih Gula Lompang Merah
Kuih Gula Lompang Merah

Dah siap, mudah sahaja cara penyediaannya dan mampu sahaja buat di rumah. Atau mungkin boleh gunakan resepi ini untuk mulakan perniagaan anda dan hasilkan keuntungan.

Kredit: CT Liz di group Facebook Masak Apa Hari Ini?

Baca Juga: Cara Buat Kuih Tradisi Lama Yang Lembut, Manis & Sedap: Kuih Lompang

tags: | |