Kuih Kaswi merupakan antara kuih tradisional yang masih ada lagi sehingga kini. Rasanya yang lembut dan bergoyang. Disalut pula dengan kelapa muda memang membuka selera. Terdapat beberapa pilihan kuih kaswi ini, ada perisa pandan, jagung dan ada juga gula melaka.
Nak cuba buat Kuih Kaswi Gula Melaka? Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini. Memang tak rugi tau kalau buat. Sebab memang best, kalau makan bila dah sejuk pun tetap lembut.
Cara Mudah Buat Kuih Kaswi Gula Melaka
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung ubi
- 3/4 cawan gula
- 1 cawan gula merah atau gula perang
- 5 cawan air
- 3/4 sudu teh kapur makan dicampur 3 sudu makan air
* Gunakan cawan metrik untuk sukatan yang tepat
CARA PENYEDIAAN :
- Daripada 5 cawan air, panaskan sekejap 2 cawan air untuk larutkan gula dan gula perang. Bila semua dah larut, tapis dan sejukkan.
- Dalam bekas yang besar, masukkan air gula dan baki air tadi bersama dengan bahan-bahan yang lain.
- Kacau sebati dan barulah dimasukkan air kapur yang telah dicampur air. (Jangan terlebih guna air kapur. Nanti kuih akan rasa pahit dan juga keras.)
- Didihkan air dalam pengukus dan alas pengukus dengan kain tuala untuk elakkan air menitik ke atas permukaan kuih yang akan dikukus nanti.
- Oles acuan dengan sedikit minyak masak dan barulah dituangkan adunan kuih.
- Kukus dengan api sederhana selama 30-40 minit bergantung kepada saiz loyang yang digunakan.
- Bila dah masak, sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong.
- Gaulkan potongan kuih kaswi ke dalam kelapa muda yang diparut beserta sedikit garam dan gula jika suka.
- Siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat Kuih Kaswi Gula Melaka ni? Jadi tunggu apa lagi tu, boleh buat untuk makan pagi dan makan petang juga. Sangat sedap dan pastinya anak-anak akan suka makanan tradisional ini.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Facebook Mas Cotek
Baca juga :Resepi Turun Temurun Kuih Limas Hingga 400Pcs Order Sehari, Mudah & Sedap!