Kuih Kerbau Guling atau nama sebenarnya ‘kanom piakpoon’ iaitu sejenis kuih tradisional yang datangnya daripada Thailand mulai hangat diperkatakan sebagai juadah berbuka puasa pada bulan Ramadhan yang lalu.

Kuih kerbau guling ini viral  dan mendapat permintaan yang tinggi daripada penduduk di Rantau Panjang, Kelantan. Antara nama lain bagi kuih ini adalah Kole Hitam atau Kuih Hitam.

Resepi Kuih Kerbau Guling

Bahan bahannya:

  • 250 gm tepung beras
  •  200 gm gula 150 gm tepung jagung
  • 1/2 sudu teh kapur makan
  •  3 sudu tepung beras pulut
  •  1/2 cawan santan pekat
  •  Air 1 liter setengah (tengok kepekatanl
  •  Tempurung bakar (untuk diambil air hitamnya sahaja&tapis, pastikan tempurung yg bersih)
  •  Secubit garam

 

Cara membuat kerbau guling:

  1. Campurkan kesemua bahan di atas di dalam kuali sehingga sebati. Namun jangan buka lagi api. Kacaukan sehingga sebati terlebih dahulu barulah buka api.
  2. Setelah itu, ramuan hendaklah dikacau secara perlahan-lahan di atas api yang sederhana sehingga likat dan pekat.
  3. Sediakan bekas yang bersih. Pastikan bekas disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu supaya ianya tidak melekat.
  4. Sediakan kelapa parut dari kelapa muda.
    Pastikan apabila memarut kelapa tersebut tidak terkena pada bahagian tempurung.
    Tak sedap nanti. Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa dan gaul sebati.
  5. Potong kuih tadi dan gulingkan ke dalam kelapa parut tersebut.

 

Selamat Mencuba.

Tonton video di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kuih kerbau guling ini:

Kredit: Tengku Zaharah

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 3 times!)