Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kuih Muih » Resepi Kuih Ketayap Guna Sukatan Cawan, Confirm Menjadi!

Resepi Kuih Ketayap Guna Sukatan Cawan, Confirm Menjadi!

Kategori:
resepi kuih ketayap

Kuih ketayap kuih terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Ia merupakan kuih tradisional yang sentiasa menjadi pilihan sebagai pembuka selera setiap kali bulan Ramadan. Cara membuatnya pun sangat mudah. Ikuti resepi kuih ketayap perkongsian oleh Nor Sahida Abdul Kadzir ini. 

Resepi Kuih Ketayap

Bahan-bahan inti:

  • 2 1/2 cawan kelapa mesin
  • 1 1/2 cawan gula melaka/merah
  • 2 sudu besar gula pasir
  • Sedikit garam
  • 1 cawan air

Cara-cara buat inti:

  1. Masak air sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula melaka dan gula pasir. Biarkan sehingga kedua-duanya larut dan hancur.
  3. Kemudian masukkan kelapa dan masak sehingga agak kering sedikit. Jangan terlampau kering nanti inti tak sedap pula. Biar kering-kering basah macam tu.

Bahan-bahan kulit:

  • 2 /3 helai daun pandan (blend dengan 1 cawan air) sy guna daun pndan lebar2, lebihkan pun takpe
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • 1 cawan air biasa
  • Sedikit pewarna hijau
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara-cara buat kulit;

  1. Campur semua bahan. Bancuh sehingga jangan likat sangat dan jangan cair sangat. Kalau rasa kurang air, tambah sikit-sikit. Kalau rasa cair, tambah tepung sikit-sikit.
  2. Kemudian, tapiskan bancuhan tepung tadi.
  3. Untuk membuat kulit ketayap, oleskan minyak masak pada kuali dan tuangkan adunan tepung tadi dan ratakan pada kuali. Angkat bila sudah masak.
  4. Ulang sehingga bancuhan tepung habis.
  5. Kemudian masukkan inti kelapa pada kulit ketayap. Gulung sehingga kemas.
  6. Siap!

Selamat mencuba!

tags: