Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kuih Ketayap Sukatan Cawan Gerenti Sedap! Makan Satu Tak Cukup

Resepi Kuih Ketayap Sukatan Cawan Gerenti Sedap! Makan Satu Tak Cukup

Kategori: ,
kuih ketayap

Kuih ketayap atau kuih dadar gulung ialah kuih tradisi yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia, Brunei dan Indonesia. Sangat mudah disediakan dan sangat sedap jika mencukupi segala ramuannya.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 1/2 cawan air pandan
  • 2 biji telur C
  • 1 sdb myk masak
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna hijau

CARA PENYEDIAAN :

  1. Satukan kesemua bahan, sebatikan. Boleh kisar je.
  2. Panaskan kuali (non stick jika ada) jika tiada sapu kuali dengan sedikit minyak.
  3. Dengan menggunakan api perlahan masukkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan/lenggang-lenggangkan
  4. Biarkan masak/tak perlu diterbalikkan.
  5. Angkat ketepikan dan ulang sehingga habis.
  6. Sementara menunggu kuih masak, letakkan inti di atas kuih ketayap yang sudah siap lipat kiri kanan, gulung dan kemaskan.
  7. Siap.

BAHAN INTI

  • 1 biji kelapa muda diparut
  • 1 cawan air
  • 4 keping gula kerek | gula merah pun boleh
  • gula pasir secukup rasa
  • 2 helai pandan disimpul
  • sedikit tepung gandum

CARA PENYEDIAAN :

  1. Didihkan air, masukkan gula kerek, gula pasir pandan. Masak hingga larut.
  2. Masukkan kelapa parut kacau rata.
  3. Bila inti agak-agak nak kering (opah suka lembab-lembap sikit) taburkan tepung gandum.
  4. Sejukkan.

P/S: Fungsi tepung supaya inti melekat dan tidak berderai

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Facebook Mas Cotek

Baca juga: Resepi Lengkap Kuih Resoles Yang Sedap & Menyelerakan

tags: