Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Mudah Orang Dulu Buat Kuih Lompang, Confirm Jadi!

Ini Cara Mudah Orang Dulu Buat Kuih Lompang, Confirm Jadi!

Kategori: ,

Biasanya kalau resepi orang tua dulu sedap dan menjadi. Sebab cara orang lama buat memang terbaik. Dia punya sukatan bahan dan kaedah tu memang betul-betul teliti. Dan hari ini Daily Makan nak kongsikan kepada anda semua, cara orang dulu buat kuih lompang.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 1/4 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung ubi
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/4 cawan air
  • sedikit air kapur
  • pewarna disukai
  • kelapa parut putih + garam
  • acuan lompang secukupnya

CARA PENYEDIAAN :

  1. Satukan kesemua bahan kecuali pewarna
  2. Sebatikan sehingga gula larut
  3. Tapis jika perlu
  4. Bahagikan adunan dan masukkan pewarna disukai
  5. Tuang 3/4 adunan lompang ke dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak
  6. Kukus 10~15minit api sederhana
  7. Sejukkan dan hidang bersama kelapa parut + garam
  8. Siap

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Facebook Mas Cotek

tags: