Kuih siput merupakan makanan tradisional orang Melayu. Kuih ini tidak lapuk dek zaman tidak lekang dek panas. Tetap sahaja mendapat sambutan sehingga kini. Kuih siput ini diperbuat daripada beberapa adunan terpilih yang mana menjadikannya enak dan rangup. Jom kita ikuti caranya.
Bahan A
Bahan B (kisar)
Bahan C
1.Gaul sebati tepung & butter hingga jadi macam serbuk roti.
2. Blend Bahan B hingga agak halus.
3. Satukan dengan tepung dan gaul sebati hinga membentuk doh. KALAU masih peroi, boleh tambah sedikit air. Hati2, jgn terlalu lembik, nanti melekat time nak tenyeh.
4. Tutup doh & rehatkan 15 min supaya bahan2 dalam doh sebati dan mudah ditenyeh.
5. Guna acuan kuih siput, tenyeh sampai habis.
6. Panaskan minyak, dan goreng hingga sedikit kekuningan. Pastikan api sederhana supaya bahagian dalam kuih masak sekata.
7. Bila kuih siput sedia di angkat, taburkan sedikit daun kari. Bila bunyi daun kari dah senyap, angkat kuih siput ke dalam loyang yang dialas tisu.
8. Kuih siput yang dah siap goreng, rehatkan biar betul2 sejuk, baru masukkan dalam bekas kedap udara.
**Kalau nak jenis gebu @ ampa rasa gigi ampa tak kuat nak kunyah, boleh tambah butter/margerin & kurangkan air.
Kredit: shima bakar
Baca juga : Cara Simple Buat Mee Rebus Johor Yang Sedap Dan Menyelerakan