Kuih talam keledek oren merupakan salah satu kuih tradisional Melayu. Kuih ini sering dibuat dan disediakan oleh orang-orang tua atau orang lama. Antara kuih talam lain yang digemari ramai saat ini adalah Kuih Talam Vanilla Coklat.
Namun kuih talam keledek oren ini semakin hari ianya seakan hilang dimamah arus kemodenan. Walaupun rasanya sangat sedap, rasa lemak-lemak santan. Tetapi tak ramai yang cuba buat dan disebabkan oleh itu jugalah kuih ini seakan tenggelam sekarang ini.
Jadi apa kata anda cuba buat dekat rumah dan bagi anak-anak atau generasi baru ini merasai. Confirm mereka akan suka.
Resepi Kuih Talam Keledek Oren Yang Lemak Berkrim
BAHAN-BAHAN
Bahan Lapisan Bawah:
- 100g(2 cawan) keledek kuning (potong dadu & rebus)
- 2 cawan santan pekat
- 1/4 cawan air
- 1 cawan tepung beras
- 3 sudu besar tepung ubi
- 1 1/2 sudu kecil garam
Bahan Lapisan Atas:
- 1 biji telur gred A
- 1/2 cawan gula
- 1 3/4 cawan santan pekat
- Sedikit pewarna oren
- 40g(3/4cwn) keledek yang di rebus lepas tu blend atau tumbuk
- 1 sudu besar tepung beras
- 3/4 cawan tepung gandum
CARA PENYEDIAAN:
Bahagian Bawah:
- Campur semua bahan lapisan atas dalam periuk kecuali keledek rebus, kacau sebati sebelum masak.
- Masak dengan api perlahan dan kacau selalu supaya tidak berketul, bila agak pekat dan naik wap masukkan keledek rebus dan padamkan api.
- Tuang dalam loyang yang telah dilapik plastik dan kukus 20 minit sampai masak. Ketepikan.
Bahagian Atas:
- Blend santan dengan keledek rebus.
- Dalam periuk satukan bahan bahagian atas kecuali (santan dan keledek yang dikisar) kacau rata dan sebati.
- Kemudian baru masukkan bahan kisar, kacau sebati baru buka api dan masak sampai keluar wap sahaja. Jangan terlalu lama, tuang ke atas bahan bahagian bawah yang telah dimasak tadi.
- Sebelum tu cakar-cakar permukaan dengan garfu terlebih dulu. Kukus lagi 15-20 minit smpai masak. Sejukkan terlebih dahulu baru potong.
- Siap untuk dimakan.
Jadi tunggu apa lagi tu? Dah ada bahan nak buat? Kalau ada jom kita cuba buat Kuih Talam Keledek Oren ini. Janggan tinggalkan makanan tradisional lama ya!
SELAMAT MENCUBA!
Kredit : InaZurinah
Baca juga : Resepi Kuih Lapis Pastel Mudah Untuk Dicuba, Yang Penting Sedap!