Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kuih Tepung Bungkus Yang Sedap Lemak Berkrim

Resepi Kuih Tepung Bungkus Yang Sedap Lemak Berkrim

Kategori: ,

Kuih tepung bungkus merupakan kuih tradisional yang sangat terkenal dalam kalangan orang melayu. Tepung bungkus merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan mempunyai inti kelapa serta dibungkus dengan daun pisang. Rasanya yang lemak-lemak pasti menaikkan selera anda.

BAHAN-BAHAN:

  • Daun Pisang Secukupnya dilayur

Bahan Tepung Beras (badan luarnya)

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan
  • garam secukup rasa

Bahan Doh Tepung Pulut

  • 1 1/2 cawan tepung pulut
  • air secukupnya

Bahan Inti

  • 3 cawan kelapa parut putih
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 sdb tepung gandum dibancuh dengan sedikit air
  • 2 helai daun pandan disimpul

Cara Masak Inti

  1. Masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut kemudian tapiskan
  2. Masukkan kelapa parut
  3. Masak sehingga hampir kering kemudian masukkan bancuhan tepung gandum
  4. Dengan api perlahan kacau rata sehingga intinya lembab² sedikit
  5. Angkat kemudian sejukkan

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut, jadikan doh.
  2. Ambil sedikit doh masukkan inti (bentukkan/bulat²kan) opah lonjongkan doh inti tu, dah terbiasa. Buat sehingga habis/ketepikan.
  3. Tepung beras, santan dan garam satukan kemudian masak sehingga pekat dan meruap.
  4. Tutup api
  5. Sediakan daun pisang, ambil 1~2 sdb adunan tepung beras ratakan kemudian masukkan doh berisi inti tadi
  6. Bungkus dan kemaskan
  7. Kukus 15 ~20min
  8. Sejukkan dan sedia dihidangkan

** Ngam² sukatan ni 30 biji.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Facebook Mas Cotek

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Kuih Tepung Gomak Atau Abuk-abuk

tags: