Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kuih Tok Aji Serban Yang Unik & Sedap, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!

Resepi Kuih Tok Aji Serban Yang Unik & Sedap, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!

Kategori:
resepi kuih tok aji serban

Kuih Tok Aji Serban merupakan kuih tradisional yang cukup popular di negeri Terengganu. Sekali sekala pasti teringin nak makan kuih yang memilik rasa manis dan sedikit berlemak kan? Jadi mungkin kuih ini merupakan pilihan yang tepat buat anda cuba di rumah. Bukan sahaja memiliki nama yang unik, namun rasanya memang tersangatlah sedap.

Bahan atas bagi Kuih Tok Aji Serban ini sama dengan kuih sekaya Terengganu namun di bawanya ada lapisan pulut. Nak cuba buat sendiri kuih ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Muliadi Ramli di bawah ini.

Cara Buat Kuih Tok Aji Serban Yang Mudah Dan Sedap!

Bahagian Atas

Bahan-bahan:  

  • 7 biji telur saiz B
  • 4 sb gula merah
  • Nisan/gula melaka 1/2 kerek
  • 4 helia daun pandan
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 kotak kecil santan
  • 200 ml air

Cara Penyediaan: 

  1. Masak gula merah, nisan dengan daun pandan dan air. Sejukkan.
  2. Kemudian pukul telur biar sebati. Pukul-pukul manja sahaja.
  3. Masukkan esen vanilla, santan dan pukul lagi.
  4. Setelah itu, campur dengan air gula merah tadi. Kacau rata dan ketepikan.

Bahagian Bawah (Lapisan Pulut)

Bahan Bahagian Atas:

  • 1 1/2 cawan pulut | direndam 2 ke 3 jam
  • 200 ml santan/ 1 kotak kecil
  • 1 cawan air
  • Secubit garam

Cara Penyediaan: 

  1. Masukkan pulut yang dimasak tadi ke dalam loyang. Ratakan dan tekan bagi mampat.
  2. Kemudian menggunakan garfu, cucuk-cucuk atau garis-garis pada bahagian pulut. Bertujuan bagi melekat bahagian atas dan bawah.
  3. Kemudiian masukkan bahagian atas. Kukus sekitar 30 minit ke 35 minit lagi.
  4. Tunggu sejuk baru boleh potong. Kalau suka sejuk boleh masukkan dalam peti ais.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Kuih Tok Ajin Serban ini? Makan pada waktu pagi memang nikmat sungguh. Cukup lengkap dengan manis dan lemaknya. Memang tak pilih kuih lain dah.

Kredit: Muliadi Ramli 

Baca juga: Resepi Puding Buih Yang Amat Sedap & Mudah, Jom Cuba Pencuci Mulut Dari Pantai Timur Ini!

tags: |