Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Kuih Tradisional Telaga Emas Yang Sedap Dan Lemak-Lemak Manis

Cara Buat Kuih Tradisional Telaga Emas Yang Sedap Dan Lemak-Lemak Manis

Kategori: ,

Kuih telaga emas merupakan kuih tradisional Melayu yang mempunyai rasa lemak-lemak manis. Sangat sedap. Kuih telaga emas ini diperbuat daripada tepung pulut,tepung gandum dan tepung jagung, dan ditengah-tengahnya mempunyai inti kastard. Warnanya yang hijau di luar dan kuning di tengah pasti membangkitkan selera anda.

BAHAN-BAHAN:

Bahagian Hijau :

  • 250g tepung pulut
  • 3 sb tepung gandum
  • 1 sb tepung jagung
  • sedikit garam
  • 1 cawan air pandan
  • sedikit pewarna hijau

Bahagian Kuning :

  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan santan
  • 1 sk esen vanilla
  • 3 biji telur
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna kuning telur
  • 2 sb tepung kastard
  • 1/4 cawan tepung gandum

Bahan Lain :

  • Minyak
  • Acuan lompang

CARA PENYEDIAAN:

  1. Satukan ke semua bahan Bahagian Hijau kecuali air dan pewarna, kacau sebati .
  2. Masukkan pewarna dan juga air sedikit demi sedikit sambil di uli hingga adunan menjadi doh .
  3. Ambil sedikit adunan dan bulatkan .
  4. Letakkan di dalam acuan lompang yang sudah dioles dengan sedikit minyak .
  5. Tekan dan ratakan doh di sekeliling acuan .
  6. Ulang proses sehingga selesai .
  7. Sementara itu panaskan kukusan .
  8. Untuk membuat bahagian dalamnya pula , satukan air suam , santan dan juga gula. Kacau rata sehingga gula larut .
  9. Masukkan esen vanilla , garam , pewarna dan juga telur. Kacau seketika .
  10. Akhir sekali masukkan adunan tepung , kacau sebati kemudian tapiskan .
  11. Tuangkan ke dalam acuan tadi 3/4 penuh .
  12. Kukus selama 15 minit menggunakan api sederhana .
  13. Keluarkan kuih daripada acuan dan sejukkan sebelum dihidang .
  14. Siap.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Farisha Sofea

Baca juga: Resepi Mudah Buat Lontong Tetapi Sedap, Sesuai Dihidang Waktu Hari Raya

 

 

tags: