Lada berkicap ialah sejenis sambal kicap. Ia enak dimakan sebagai pencicah dengan ikan bakar. Lada berkicap sedap ini sangat senang untuk disediakan. Jika anda suka pedas, tambahlah cili padi sebanyak yang anda suka. Kami sediakan cara membuat dan bahan-bahan yang digunakan untuk anda.

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Air limau
  • Kicap manis
  • Ajinamoto
  • Garam
  • Gula
  • Air panas

Cara memasak:

  1.  Tumbuk bawang merah dan cili padi.
  2. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam mangkuk.
  3. Kemudian, masukkan perahan air limau, kicap manis, ajinamoto, gula dan garam.
  4. Masukkan sekali sedikit air panas.
  5. Gaulkan sebati dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba.

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 6 times!)