Laksa goreng merupakan laksa yang dimasak seperti mi goreng. Rasa laksa goreng ini memang sedap. Bagi sesiapa yang pernah merasainya pasti dah tahu bagaimana rasanya. Tetapi bagi yang belum pernah rasa, korang wajib cuba tau! Nak menyediakan laksa goreng ni tak susah pun, senang je. Jom kita buat dengan merujuk resepi di bawah ini.
Ini Dia Resepi Laksa Goreng Yang ‘Viral’, Sangat Sedap! Yang Tak Pernah Cuba Wajib Cuba
BAHAN-BAHAN:
- Laksa yang telah siap di rebus – anggaran 300gm
- Minyak untuk menumis
- 2 ulas bawang putih – dicincang
- 2 sudu besar cili kisar
- 100gm udang – dikopek kulit dan buang urat dibelakangnya
- 1 sudu besar bijan – goreng sebentar tanpa minyak
- Sayuran : Saya guna lobak merah – dihiris seperti bilah mancis, daun bawang dan sayur tau miu (boleh gantikan dengan taugeh)
Bahan Sos:
- 1/4 cawan air
- 1 sudu besar sos tiram
- 1/2 sudu besar kicap pekat
- 3 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar kicap cair
- Sedikit serbuk perasa – jika suka
CARA PENYEDIAAN;
- Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar sambil dikacau.
- Masukkan udang, lobak merah dan daun bawang dan kacau lagi sebentar sahaja. Seterusnya masukkan laksa dan kacau hingga sebati.
- Tuang pula bahan sos dan air dan kacau lagi hingga semua bahan bersalut dengan laksa.
- Tabur sayur tau miu dan kacau lagi. Jika tak ada sayur ini gantikan dengan taugeh.
- Setelah secukup rasa, matikan api dapur dan masukkan laksa goreng kedalam pinggan.
- Tabur bijan goreng jika suka dan sedap juga dihidangkan dengan cili jeruk.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit Resepi & Gambar : Fiza’s Cooking & ASH