Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Laksa Rasa ‘Sebijik’ Macam Food Court Aeon, Memang Sedap!

Resepi Laksa Rasa ‘Sebijik’ Macam Food Court Aeon, Memang Sedap!

Kategori:
Resepi Laksa

Pernah tak makan laksa di Food Court Aeon? Kalau pernah, mesti anda tahu rasanya macam mana kan. Memang sedap sangat! Anda boleh cuba buat sendiri menggunakan resepi laksa perkongsian oleh Hajal Aishah Zakirai di bawah.

Resepi Laksa Rasa ‘Sebijik’ Macam Food Court Aeon, Memang Sedap!

Bahan-bahan:

  • Bawang
  • Belacan
  • Pes asam pedas
  • 2 tin Sardin – 1 buang sos, 1 tak buang sos
  • Nenas (Kalau ada)
  • Asam keping
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Air
  • Garam
  • Gula
  • Perasa
  • Fishball

Cara-cara:

  1. Blend bawang, belacan, pes asam pedas, sardin. Kisar sehingga halus. Kalau ada nenas boleh kisar sekali.
  2. Masukkan dalam periuk. Letak asam keping, bunga kantan dan daun kesum. Letakkan juga air mengikut kepekatan yang diingini. Biarkan sehingga mendidih.
  3. Bila dah mendidih baru masukkan garam, perasa, gula dan fishball. Kacau bagi sebati. Tutup api. Siap.
  4. Bahan hiasan ikut suka masing-masing. Boleh tambah otak udang/petis lagi padu.
  5. Selamat mencuba!

Kredit: Hajal Aishah Zakirai

tags: