Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Buat Lasagna Yang Sedap Dengan Menggunakan Roti Je! Makan Sampai Menjilat Jari, Padu Sangat!

Buat Lasagna Yang Sedap Dengan Menggunakan Roti Je! Makan Sampai Menjilat Jari, Padu Sangat!

Kategori:
resepi roti lasagna

Lasagna merupakan makanan yang berasal daripada Itali. Ia merupakan hidangan yang sangat terkenal dan popular di sana. Bahan utama lasagna adalah pasta, keju, sos tomato dan sos khas. Tetapi tahukah anda kita pun boleh membuat lasagna dengan hanya menggunakan roti sahaja. Sangat mudah dan sememangnya sedap. Resepi lasagna roti ini dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook. Jom kita ikuti resepi yang dikongsi olehnya.

Buat Lasagna Yang Sedap Dengan Menggunakan Roti Je! Makan Sampai Menjilat Jari, Padu Sangat!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 pek isi ayam kisar
  • 2 biji lobak
  • 3 batang sosej
  • 2 biji cili merah | hiris halus
  • Sedikit daun sup | hiris halus
  • 1 biji bawang holland | dipotong dadu
  • 4 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 4sdb sos preo
  • 2sdb sos cili
  • 2 sdb sos lada hitam (kalau takde boleh ganti dengan serbuk lada hitam)
  • 1 sdk serbuk lada sulaj
  • 1 sdb oregano | optional
  • 1 sdk Chili flakes
  • Garam dan sedikit gula
  • Butter untuk menumis
  • 200ml susu segar
  • 2 biji telur
  • Cheese slice secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan butter dan tumis bawang hingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam dan sosej
  3. Apabila dah masak, masukkan sos prego, sos cili, sos lada hitam dan kacau sebati.
  4. Masukkan lada sulah, cili flakes, oregano dan tambahkan perasa garam dan sedikit gula.
  5. Dah siap ketepikan.

Penyediaan Lasagna:

  1. Griskan loyang dengan sedikit butter.
  2. Pukul telur dengan susu dan celupkan roti tadi.
  3. Susun roti dahulu kemuidan letakkan inti yang dah di masak tadi.
  4. Letakkan cheese. Ulang hingga habis (3 layer)
  5. Akhir sekali letakkan cheese dan taburkan parsley flakes jika suka.
  6. Panaskan oven suhu 160 dan bakar selama 40 minit.
  7. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Ida Hanaa

tags: