Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Yatt Hamzah Buat Lempeng Gebu Gebas Macam Kat Hotel

Cara Yatt Hamzah Buat Lempeng Gebu Gebas Macam Kat Hotel

Kategori: ,

Hari ini baru hari ke 16 Perintah Kawalan Pergerakkan. Banyak lagi hari yang perlu kita jalani. Mesti dah terlalu bosan dekat rumah, tak tahu nak buat apa. Jom cuba resepi Lempeng Gebu Gebas dari artis Malaysia ni, iaitu Yatt Hamzah. Beliau berkongsi resepi tersebut melalui video dalam instagram miliknya.

BAHAN-BAHAN :

  • Tepung gandum |400 gram
  • Gula | 2 sudu gula perang
  • Garam | 1 camca kecil
  • Baking powder | 1 camca kecil
  • Baking soda| 1 camca kecil
  • Air | Secukupnya
  • 1 biji telur ayam
  • Esen vanilla | 1 sudu besar
  • Susu cair | 1/3 tin
  • Susu segar | setengah cawan
  • Buttermilk

CARA PENYEDIAAN :

  1. Masukkan tepung gandum, gula perang, garam, baking powder, baking soda.
  2. Masukkan air sedikit dahulu, kacau sampai rata. Boleh tambah air kalau tak cukup.
  3. Masukkan telur, esen vanilla dan kacau.
  4. Masukkan susu cair, susu segar dan buttermilk.
  5. Kacau lagi sampai sebati dan sedia untuk digoreng.

Berikut adalah video yang dikongsi oleh Yatt Hamzah.

https://www.instagram.com/tv/B95k5OiJszM/

Selamat Mencuba!

Sumber : Instagram Yatt Hamzah

tags: