Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi ‘Lengat Pisang’ Yang Mudah, Rasanya Tak Pernah Mengecewakan. Sedap Dan Penuh Nostalgia!

Resepi ‘Lengat Pisang’ Yang Mudah, Rasanya Tak Pernah Mengecewakan. Sedap Dan Penuh Nostalgia!

Kategori:
resepi lengat pisang

Lengat pisang merupakan kuih tradisional negeri Kedah. Rasanya sangat sedap. Ia adalah pencuci mulut yang jarang dimakan oleh rakyat Malaysia. Dan kuih lengat pisang ini hanya segelintir sahaja yang mengenalinya. Pada suatu ketika dahulu, kuih lengat ini dimasak atau dikukus di atas kuali. Tetapi kini tidak lagi kerana rata-rata tukang masak yang memasak atau membuat lengat pisang ini akan menggunakan pengukus sahaja. Ianya adalah lebih mudah dan cepat.

Resepi ‘Lengat Pisang’ Yang Mudah, Rasanya Tak Pernah Mengecewakan. Sedap Dan Penuh Nostalgia!

BAHAN-BAHAN:

  • 12 biji pisang EMAS
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 kotak kecil santan + 1 cawan air
  • 1 1/2 sudu gula
  • Secubit garam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Lenyek pisang
  2. Masukkan gula & garam
  3. Masukkan tepung beras
  4. Masukkan santan + air ( boleh lebihkan air kalau terlampau pekat) Kacau sebati. Masukkan dalam loyang.
  5. Kukus 30 hingga 45 minit.
  6. Siap.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Rosimah Darus

tags: |