Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Lengkap Kuih Resoles Yang Sedap & Menyelerakan

Resepi Lengkap Kuih Resoles Yang Sedap & Menyelerakan

Kategori: ,

Bulan puasa tahun lepas kita boleh makan kuih muih yang tunjuk-tunjuk je. Tahun ini berbeza, tiada lagi bazar ramadhan jadi kalau nak makan kuih yang lain sikit, perlu usaha buat sendiri. Ini ada resepi kuih resoles, kuih ini kebanyakkannya boleh di dapati di bazar Ramadhan. kuih ini merupakan kuih yang popular di Indonesia. Siapa yang pernah pergi Indonesia, pasti tahu mengenai kuih ini. Rasanya memang sedap.

BAHAN -BAHAN :

Bahan kulit 

  • 10 sudu tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Air secukup nya
  • Garam secukup nya (Kalau nak buat lebih gandakan bahan-bahannya )
  • Serbuk roti(untuk goreng)

Bahan inti

  • Ayam kisar atau  daging kisar(yang ramly punya pun oke)
  • Kentang dan carrot potong dadu lepas tu rebus smpai empuk
  • Bawang putih dan bawang bombay blend secukup nya
  • Serbuk lada sulah dan lada hitam
  • Susu segar /susu cair secukupnya
  • Susu pekat secukupnya
  • Garam
  • Serbuk perisa
  • Daun sup dan daun bawang
  • Tepung gandum(untuk tekstur kental)
  • Cara2 buat kulit

**Campur semua bahan-bahan tadi dan kacau smpai sebati , air jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit. Agak-agak tak kental dan tak cair. Lepas tu tapis supaya tak berketul.

CARA PENYEDIAAN :

Untuk inti

  1. Tumis bawang putih dan bawang bombay smpai naik bau, masuk kan ayam / daging kisar secukup nya.
  2. Kacau sebati , masukkan carrot dan kentang yang sudah direbus .
  3. Masukkan susu segar , susu pekat, lada putih dan lada hitam serta garam , serbuk perisa , tepung gandum 3 sudu makan. Dan kacau sebati sampai kental dan naik bau baru la masukkan daun sup dan daun bawang.

Untuk Resoles

  1. Ambil sehelai kulit yg dah di masak (masak macam kuih ketayap)
  2. Letak inti secukup nya gulung lepas tu campur dgn telur dan serbuk roti.
  3. Siap untku di goreng .

Tips: Inti perlu di masukkan ke dalam peti sejuk selepas dimasak supaya senang di gulung.

Tips utk kulit : Lebih kan sebijik telur kalau rasa kulit yang dimasak agak pecah atau susah dibentuk.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Instagram resepi kampung

Baca juga : Cara Mudah Buat Donut Santan Yang Gebu & Lembut

“Bantu BeriMakan Fakir Miskin Sempena Ramadhan Ini Di donation.dailymakan.com

tags: