Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi ‘Love Hunter Cookies’, Sedap & Mudah Sangat Nak Buat

Resepi ‘Love Hunter Cookies’, Sedap & Mudah Sangat Nak Buat

Kategori:
Love Hunter Cookies

Tak pernah dengar pula nama biskut ‘Love Hunter Cookies’ ni kan? Kata empunya resepi, resepi ini sangat mudah untuk dibuat, sesuai dibuat sebagai aktiviti bersama anak-anak di dapur pada hujung minggu dan cuti sekolah. Jom cuba!

Resepi ‘Love Hunter Cookies’

Bahan-bahan:

  • 150g butter
  • 110g gula halus
  • 30g gula perang
  • 1 biji telur (A)
  • 220g tepung gandum*
  • 50g tepung jagung*
  • 30g serbuk koko*
  • 1s/t soda baikarbonat (Guna sudu kfc)*
  • 1 s/t esen vanila
  • 100g almond (potong kecil)
  • 50g coklat cip

Cara-cara:

  1. Ayak tepung gamdum, tepung jagung, serbuk koko juga baking soda.
  2. Pukul butter, gula halus dan gula perang hingga lembut dan sebati.
  3. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul sebati.
  4. Masukkan campuran tepung yang telah diayak. Gaul hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Masukkan almond dan juga coklat chip. Gaul hingga sebati.
  6. Panaskan oven pada suhu 180.
  7. Ambil satu sudu kecil adunan kemudian letakkan di atas tray. Leperkan sedikit dan taburkan sedikit coklat chip di atas.
  8. Kemudian bakar selama 20 minit.
  9. Siap!

#Bagi yang suka warna gelap, untuk 30g serbuk koko gantikan kepada 10g black coco powder + 20g serbuk koko.

Kredit: Norsiah Ahmad

tags: