Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Maggi Bandung Pedas Guna Maggi Kari Je, Peminat Pedas Wajib Cuba Ini

Resepi Maggi Bandung Pedas Guna Maggi Kari Je, Peminat Pedas Wajib Cuba Ini

Kategori:
Maggi Bandung Pedas

Bila datang rasa lapar di tengah malam, tak lain tak bukan, maggi kari adalah pilihan yang mudah dan cepat untuk dimasak. Tapi kadang-kadang, bosan juga asyik makan maggi dengan cara yang sama. Jadi apa kata jom cuba buat maggi bandung pedas pula, hanya perlu guna maggi kari sahaja. Bahan-bahan lain yang digunakan juga kebiasaannya sudah ada di dapur. Jom ikuti resepi di bawah.

Resepi Maggi Bandung Pedas Guna Maggi Kari Je

Bahan-bahan:

  • Maggi Bandung Pedas
  • Maggi Kari 2 Bungkus
  • CUKA (kalau sos tomato xde)
  • Sos Cili
  • Sos Tomato (kalau ada)
  • Telur 2 Biji
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Tomato
  • Udang
  • Cili Blend
  • Serbuk Maggi Cukup Rasa
  • Sayuran – Taugeh, Sawi, Tomato, Cili Padi, Cili Merah, kaseh sayam sekati

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah bersama udang.
  2. Masukkan cili blend. Kemudian masukkan serbuk maggi kari.
  3. Masukkan sos cili & sos tomato (kalau tiada, masukkan cuka selepas masukkan air) dan kacau sebati. Masukkan sedikit air.
  4. Perasakan dengan serbuk maggi cukup rasa.
  5. Masukkan maggi, sayuran dan telur. Biarkan sehingga maggi lembut.
  6. Siap untuk dihidang.

Tips:

  • Letak cuka much better dari sos tomato.
  • Kalau ada udang kering tumbuk, tambah sedap.
  • Biasanya untuk hilangkan/matikan perasa maggi serbuk tu, kita tumis.
  • Jangan rebus. Anyway maggi bandung ni takde rasa macam maggi sup pun sebab guna cili blend dan sos cili.

Kredit: نورازيندا بهارودين

tags: |