Maggi merupakan antara sajian yang jarang tidak di sukai oleh rakyat Malaysia. Bukan rakyat Malaysia sahaja yang menyukai makanan seperti maggi ini malah negara lain juga turut menyukainya. Dengan maggi ini pelbagai jenis masakan yang kita boleh sediakan. Antaranya adalah maggi goreng. Resepi maggi goreng yang di kongsi oleh seorang wanita ini kelihatan amat menyelerakan. Jadi tunggu apa lagi jom kita ikuti perkongsiannya.
Resepi Maggi Goreng Telur Teramat Sedap, Tak Cukup Sepinggan Tambah Sampai Licin!
BAHAN-BAHAN:
- 2-3 bungkus maggi | direbus separuh masak dan ditapiskan
- Telur | digoreng hancur
- Bawang putih
- Cili padi hijau
- Udang
- Brokoli
CARA PENYEDIAAN:
- Tumiskan bawang putih dan cili padi hijau yang ditumbuk kasar bersama udang dan brokoli.
- Kemudian masukkan perencah maggi bersama 3-5 sudu air.
- Masukkan maggi yang direbus separuh masak dan gaul rata.
- Tambahkan telur yang telah digoreng hancur dan daun bawang. Gaul hingga rata.
- Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Ida Shareena Via MAHN
Baca juga: Ini Dia Resepi Rahsia Maggi Sotong Yang Sedap, Nikmat Sangat Kalau Masak Sendiri Boleh Makan Sepuasnya!