Dalam cuaca hujan macam ni sedap juga kalau dapat sesuatu yang bersup seperti maggi kari tumis ini. Kebiasaannya kita cuma rendam air panas sahaja kan kalau buat maggi? Kali ini jom cuba cara ini pulak, memang lain dari lain. Selamat mencuba!
Hujan-Hujan Kalau Dapat ‘Pekena’ Maggi Kari Tumis Macam Ni Memang Padu!
Bahan-bahan:
- 2 bungkus maggi
- Bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Cili padi
- 2 biji telur
Cara-cara:
- Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi. Gaul sekali dengan rempah maggie.
- Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing.
- Petua masak sedap, masukkan air dalam lesung kemudian masukkan ke dalam bahan yang ditumis tadi. Masuk air ikut suka nak banyak kuah atau tidak. Tunggu sehingga mendidih.
- Akhir sekali, masukkan maggie, pecahkan telur dan tutup api.
- Boleh masukkan juga sayur sawi, hotdog jika suka.
Kredit: Syazlin Mansor
Baca juga: Resepi Maggi Kari Paling Lazat, Gabungan Rasa Kari & Tomyam Bersatu Dalam Kuah