Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi ‘Maggi Tumis’ Kalah Maggi Mamak, Rasa Memang Lain Macam. Ini Caranya!

Resepi ‘Maggi Tumis’ Kalah Maggi Mamak, Rasa Memang Lain Macam. Ini Caranya!

Kategori:
Maggi Tumis

 

Kalau sebelum ni bila nak makan maggi cuma letakkan air panas atau biarkan mendidih di atas dapur. Hanya mengharapkan ‘rasa’ dari rempah sedia ada di dalam paket maggi. Lepasni apa kata jom cuba buat maggi dengan cara lain pula, contoh maggi tumis. Rasanya memang sedap lain macam, confirm terpikat bila sekali cuba!

Resepi ‘Maggi Tumis’ Kalah Maggi Mamak, Rasa Memang Lain Macam. Ini Caranya!

Bahan-bahan:

  • Sepeket maggi kari
  • Sawi atau sayur pilihan
  • Isi ayam
  • Air setengah cawan
  • 1 biji telur
  • 3/4 ulas bawang putih diketuk
  • 2 sudu sos ikan*
  • 2 sudu kicap *
  • 1 sudu cili sos*
  • 1 sudu tomato sos*
  • Sedikit gula*

Bahan-bahan:

  1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari yang dalam paket maggi.
  3. Masukkan bahan bertanda (*).
  4. Masukkan air.
  5. Masukkan sayur, telur dan maggi.
  6. Biarkan sekejap sehingga semua masak, jangan terlalu lembik.
  7. Selamat mencuba!

Kredit: Che Enon Aiskrim

Baca juga: Resepi Maggi Tomyam Yang Simple Tapi Terlampau Sedap! Tak Tinggal Sikit Pun, Habis Licin Di Sapu

tags: