Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mango Cheese Cake No Bake Yang Mudah & Sedap!

Resepi Mango Cheese Cake No Bake Yang Mudah & Sedap!

Kategori:

Teringin nak makan mango cheese cake? Sebab kek ni boleh dikatakan viral juga sekarang. Ini ada resepi mango cheese cake no bake yang dikongsi oleh seorang lelaki di facebook MAHN. Jom kita cuba.

BAHAN-BAHAN :

Base

  • 70 grm butter (cairkan)
  • 30 keping biskut (tak kisah jenama apa janji biskut tawar)

*Hancurkan biskut dan masukkan butter(dicairkan) dan gaul serta letak ke dalam loyang.

Bahagian tengah

  • 250 grm cream cheese
  • 200 ml whipped cream
  • 80 grm gula
  • Perahan lemon ikut suka
  • 1 biji mangga yg diblend (tapiskan) ÷ 2 bekas

Mango puree (Topping)

  • Mango yg blend td
  • 1 1/2 sd mkn Gelatin/ serbuk agar (bersama air panas shgga mnjdi likat Dan larut.)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Campurkan cream cheese, gula, perahan lemon dan mango puree pukul sehingga kembang.
  2. Mangkuk lain pukul whipped cream gula (ikut nak letak atau tak) perahan lemon dan campur gelatin yg dicairkan atau serbuk agar2. Pukul hingga kembang.
  3. Campurkan kedua2 step 1 & 2 secara kaup balik secara sebati masukkan kedalam loyang.
  4. Keraskan dan siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Mohammad Irman Khairuddin Via MAHN

Baca juga : Resepi Turun Temurun Kuih Limas Hingga 400Pcs Order Sehari, Mudah & Sedap!

“Bantu BeriMakan Fakir Miskin Sempena Ramadhan Ini Di donation.dailymakan.com

tags: