Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Maruku Tradisional, Sangat Mudah & Sedap. Nak Buat Jualan Pun Boleh!

Resepi Maruku Tradisional, Sangat Mudah & Sedap. Nak Buat Jualan Pun Boleh!

Kategori: ,
resepi maruku mudah

Maruku merupakan antara makanan yang unggul dan terkenal dalam kalangan orang India. Ianya diperbuat daripada tepung beras atau tepung urad dal sebelum diproses menjadi doh. Kemudian ianya dibentukkan kepada bentuk berpusar dengan menggunakan tangan atau pun acuannya sendiri.

Walaupun banyak jual di kedai, pastinya ada dalam kalangan kita yang teringin untuk membuat maruku ini sendiri kan? Resepi yang dikongsikan oleh Sha Kadir ini sangat mudah untuk diikuti tau.

Cara Mudah Buat Maruku Tradisional Yang Sedap Dan Menyelerakan

Bahan-bahan:

  • 4 peket tepung marukuk Babas | 500g setiap peket *
  • 2 peket kecil tepung pulut *
  • 2 sdm biji lemuju/jemuju *
  • 1 peket tepung beras *
  • 1 peket kecili cili serbuk *
  • 2 sdm garam *
  • 3 peket kecil bijan *
  • 2 biji telur gred A
  • 7 sdm marjerin pelangi
  • 1 kotak kecil santan kara
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan semua bahan bertanda * sehingga sebati.
  2. Masukkan marjerin dan gaul sampai jadi macam serbuk roti.
  3. Masukkan telur dan gaul rata.
  4. Masukkan santan dan gaul rata.
  5. Tambahkan air dan uli jadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan.
  6. Boleh tekan guna acuan atas talam atau papan kek.
  7. Goreng dengan minyak banyak yang panas namun apinya kecil sahaja. (gunakan pisau plastik pemotong kek untuk alihkan maruku ke dalam kuali).
  8. Angkat dan toskan.

Nota: Satu bancuhan ini dapat 4 bekas yang besar ye. Lebih kurang 200 keping. Kalau nak jual harga sekeping 60 sen hingga 70 sen.

Mudah sungguh kan nak buat Maruku ini? Jadi tunggu apa lagi, kalau nak rasa suasana sambutan Deepavali mungkin bolehlah cuba buat maruku ini. Pastinya tak menyesal punya!

Kredit: Sha Kadir Via MAHN

Baca juga: Kuih Bunga Tanjung Merupakan Kuih Tradisional Melayu Yang Comel Dan Sedap, Nak Cuba Buat? Ini Resepinya

tags: