Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Buat Sendiri Meatball Bolognese Cheese, Senang Yang Amat Rupanya!

Buat Sendiri Meatball Bolognese Cheese, Senang Yang Amat Rupanya!

Kategori:
Meatball Bolognese Cheese

Siapa suka makan Spaghetti Bolognese, boleh cuba buat Meatball Bolognese Cheese ini. Memang confirm suka! Bayangkan gabungan sos bolognese bersama meatball dan cheese yang lazat! Ikuti resepi lengkap di bawah.

Buat Sendiri Meatball Bolognese Cheese, Senang Yang Amat Rupanya!

Bahan-bahan:

  • 1 peket meatball/ chickenball (brand marina/ayamas pun sedap)
  • 1 tin kcil sos bolognese prego
  • 1/2 cwn susu segar
  • 1 biji bwg holland (potong dadu)
  • I biji capsicum merah/hijau (dadu)
  • Sedikit lada hitam (tumbuk kasar)
  • Sedikit garam
  • Mozarella cheese

Cara-cara:

  1. Gorengkan meatball dengan sedikit minyak dan butter.
  2. Bila dan masak, masukkan bawang dan capcium. Tutup api dan ketepikan.
  3. Dalam periuk lain, masakkan sos bolognese
  4. Masukkan sos prego, susu, sedikit garam dan lada hitam.
  5. Masak sehingga mendidih dan pekat.
  6. Dah siap, tutup api.
  7. Masukkan meatball tadi dalam bekas atau loyang.
  8. Letakkan sos bolognese sehingga menutupi meatball.
  9. Taburkan cheese mozarella.
  10. Bakar pada suhu 170 selama 10 hingga 17 minit.
  11. Siap!Meatball Bolognese Cheese

Kredit: Hidayati Hana

tags: