Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Rahsia Mee Hailam Yang Sedap Dan Amat Menyelerakan, Kegemaran Anak-Anak

Wanita Ini Kongsi Resepi Rahsia Mee Hailam Yang Sedap Dan Amat Menyelerakan, Kegemaran Anak-Anak

Kategori:
resepi mee hailam

Wanita yang dikenali dengan nama Mariana Zainal ini sempat berkongsi resepi mee hailam yang menjadi kegemaran anak-anaknya. Kalau anda nak nak cuba, boleh lah rujuk resepi kat bawah ini. Nampak sangat sedap, mudah dan menyelerakan.

BAHAN-BAHAN:

*Resipi ini cukup untuk 10-12 orang makan. Bolehlah makan berulang

Bahan kisar

  • 10 tangkai cili kering(belah tengah buang bijinya rendam dengan air panas sekejap)
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih

*Kisar halus semua bahan ini dengan sedikit air

Bahan-bahan lain

  • 2 senduk minyak untuk menumis
  • 1/2 cawan kicap manis(sy sukat guna cawan kopi)
  • 1/4 cawan kicap masin
  • 6 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • Sedikit bahan perasa
  • 1 jug air atau 2 liter air (untuk kuah)
  • 5 biji telur(anak sy suka nau yang ni kalau makan mi hailam)
  • 3 sudu makan tepung jagung(bancuh dengan sedikit air)
  • 1 batang lobak merah(dipotong2..nak letak lebih pun boleh)
  • 1 peket putik jagung(potong serong..nak letak lebih pun boleh)
  • 2 biji tomato(sebiji dibelah 4)
  • Sedikit ayam(potong kecil)
  • Sedikit udang atau sotong(x letak pun x pe..sy letak 2 bahan ni sebab ada stok..kuah lagi rasa sedap sebab ada rasa air udang tu)
  • Bebola ikan (x letak pun x pe)

Bahan sampingan

  • Mi kuning (celur sekejap dan toskan)
  • Sawi (celur hingga lembut)
  • Cili padi potong2

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik minyak dan elok garing. Masukkan sedikit bahan perasa.
  2. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap masin dan kicap manis. Kacau sekejap.
  3. Masukkan ayam kacau sekejap masukkan air.
  4. Apabila kuah dah mendidih, masukkan lobak merah dan putik jagung. Biar dalam 1-2 minit macam tu. Masukkan udang, sotong, bebola ikan dan tomato.
  5. Kemudian masukkan juga larutan tepung jagung. Biarkan mendidih ganas pecahkan telur. Jangan kacau.
  6. Biarkan telur masak seketika dan sesuaikan rasa.
  7. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam atau hanya renjiskan kicap masin. (Saya tak guna garam sebab dah cukup rasa)
  8. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Mariana Zainal Via MAHN

tags: |