Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Mee Kari Marvellous, Puas Hati Satu Keluarga Makan Berselera!

Wanita Ini Kongsi Resepi Mee Kari Marvellous, Puas Hati Satu Keluarga Makan Berselera!

Kategori:
Mee Kari Marvellous

Tiada idea dah nak masak apa? Apa kata jom cuba buat mee kari marvellous, perkongsian resepi oleh Nur Hamizah di bawah. Kadangkala rasa bosan juga asyik makan nasi sahaja hari-hari. Tidak ada salahnya kalau nak tukar selera pula kan? Selamat mencuba!

Wanita Ini Kongsi Resepi Mee Kari Marvellous, Puas Hati Satu Keluarga Makan Berselera!

Bahan-bahan:

  • *1/2 biji bawang besar dihiris
  • *1/2 biji bawang merah dihiris
  • *1 ulas bawang putih dihiris
  • *1 inci halia hiris
  • *1 serai diketuk
  • *1 tangkai daun kari
  • *1 biji bunga lawang
  • *Kulit kayu manis
  • *1 biji buah pelaga
  • *1 biji cengkih
  • 2 sudu serbuk kari daging (bancuh dengan air)
  • 2 sudu serbuk kari ikan (bancuh dengan air)
  • 1 sudu serbuk cili
  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil
  • 1 1/2 kotak santan KARA
  • 1 ketul asam keping
  • 1 kiub ayam
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Bahan sampingan:

  • Mee kuning
  • Hirisan fish cake goreng
  • Fish ball goreng
  • Hirisan cili merah
  • Bawang goreng
  • Daun bawang dihiris
  • Daun sup dihiris
  • Limau kasturi

Cara-cara:

  1. Tumis bahan bertanda (*) sehingga garing.
  2. Masukkan bancuhan serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan masak ayam sehingga masak.
  4. Bila ayam garing, masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan santan kotak dan perlahankan api. Biarkan kuah mendidih dan kacau selalu.
  6. Masukkan asam keping dan kiub ayam.
  7. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa.
  8. Siap! Boleh lah dihidangkan bersama mee kuning dan bahan sampingan.
  9. Selamat mencuba!

Kredit: Nur Hamizah Bakhtiar

tags: