Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Mee Kari Emaknya, Sangat Mudah Dan Sememangnya Sedap!

Wanita Ini Kongsi Resepi Mee Kari Emaknya, Sangat Mudah Dan Sememangnya Sedap!

Kategori: ,
resepi mee kari

Pernah ke anda mendengar atau membaca kisah mee kari ini? Sebenarnya mee kari ini berasal daripada pendagang cina. Individu yang mula-mula memperkenalkan mee kari ini adalah pendagang daripada cina. Pada ketika itu pedagang Cina yang ingin bereksperimentasi dengan rempah ratus yang dibawa oleh pedagang India. Sudah lama sangat mee kari ini. Tetapi sehingga kini ia masih mendapat tempat di hati seluruh rakyat Malaysia. Jadi kalau anda nak cuba buat dekat rumah, boleh rujuk resepi di bawah ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kilo Mee Kuning (celur ngan air panas skejap jer)

Bahan Kisar

  • 5 sdb Rempah Kari Daging Babas
  • 2 biji Bawang Besar (yg sedang2)
  • 5 ulas Bawang Putih
  • Sedikit Air

Bahan Lain

  • 1 kotak Santan (santan diperah pun okay..k.su guna santan Ayam Brand)
  • 1 sdb Pes Asam Jawa Adabi
  • Udang Hidup (yg sedang2)
  • Fishcake
  • Fishball | hiris2
  • Telur puyuh (direbus)
  • 1 biji Kentang  | yang sederhana besar
  • 1 biji Keledek |  rebus dan lenyek-lenyekkan
  • 2 keping Tahu (digoreng, belah segi empat kecil-kecil
  • Daun Bawang di hiris
  • Bawang Goreng
  • Taugeh (cuci bersih, biarkan mentah)
  • Limau Kasturi belah 2
  • Garam
  • Ajinomoto

*Siapkan Sambal Kerang*

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang dikisar dan tumis hingga naik minyak (wangi).
  2. Masukkan kentang dan keledek yang dilenyek-lenyek tadi, gaul rata.
  3. Masukkan santan dan tambahkan air untuk byk mana kuah yang kita perlukan..(jangan pekat sangat jangan cair sangat)
  4. Masukkan udang, fishcake, fishball, telur puyuh dan tauhu, gaul rata.
  5. Masukkan pes asam jawa, garam dan ajinomoto. Gaul rata lagi.
  6. Masak hingga mendidih kuahnya. Boleh lah rasa untuk dapatkan citarasa yang kita hendak ye, siap.
  7. Masukkn mee kuning dlm mangkuk, letak taugeh sikit. Kacau dan tuang kuah kari atas mee kuning.
  8. Tabur daun bawang, bawang goreng, letak sedikit sambal kering dan perah limau kasturi jika mahu.
  9. Siap untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Har Ryea Via MAHN

tags: |