Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mee Wantan Sup Paling Padu Namun Sangat Mudah. Ramai Sangat Yang Terliur Ni!

Resepi Mee Wantan Sup Paling Padu Namun Sangat Mudah. Ramai Sangat Yang Terliur Ni!

Kategori: ,
resepi mee wantan

Mee Wantan merupakan antara mee yang sangat popular di Hong Kong, Indonesia serta Malaysia. Ia merupakan hidangan yang terdiri daripada sayuran, mee wantan dan sup panas. Pelbagai jenis hidangan Mee Wantan mengikut negeri yang boleh kita jumpai sebenarnya. Setiap negeri atau negara pasti hidangannya berbeza-beza.

Nak cuba buat sendiri Mee Wantan ini? Jom kita ikuti perkongsian dari Nor Asiah ini. Tengok gambarnya pun dah ramai yang terliur dan mula berkongsi resepi. Kalau anda terliur juga, bolehlah beli barang dan terus masak.

Cara Masak Mee Wantan Yang Mudah & Sedap

RESEPI DUMPLING

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Isi udang
  • Secukup rasa
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak bijan/sedikit tepung jagung
  • Garam
  • Sedikit daun bawang/daun kucai

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan dalam FP hingga hancur dan pekat sebati.
  2. Ambil kulit dumpling. Letak isi ayam tadi. Nak balut sapu dengan sedikit air kelilingnya. Balut ikut suka.
  3. Kemudian boleh goreng atau celur sehingga masak. Terpulang.

RESEPI SUP

Bahan-bahan:

  • Kaki ayam/rangka ayam
  • 3 potong daun saderi *
  • 3 potong daun sup *
  • 2 potong daun bawang *
  • Bawang putih | belah dua *
  • Bawang besar | belah empat *
  • Halia *
  • Cendawan Shitake kering/fresh | potong nipis
  • Garam
  • Sedikit minyak bijan
  • Sedikit sos ikan

Cara Penyediaan:

  1. Rebus kaki dan rangka ayam sehingga empuk.
  2. Masukkan bahan bertanda *.
  3. Selepas 20 minit, masukkan minyak bijan, sos ikan, sedikit secukup rasa.
  4. Masukkan juga cendawan dan tunggu sehingga masak.
  5. Siap dan hidangkan.

Jangan lupa sediakan juga sayur Pak Choy dan Garlic Chili Oil. Apabila dah siapkan semua. Bolehlah hidangkan macam biasa.

Mudah sahaja kan nak sediakan Mee Wantan Sup ini? Walaupun banyak benda yang perlu disediakan namun ia tidaklah sesukar yang dibayangkan. Sekali buat mesti suami dan anak-anak minta buatkan lagi lepas ni. Pasti mereka akan berpuas hati punya!

Selamat mencuba!

Kredit: Nor Asiah MAHN

tags: | |