Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Ini Resepi MENJADI Red Velvet Cheese, First Try Pun Tetap Gebu Dan Sedap!

Ini Resepi MENJADI Red Velvet Cheese, First Try Pun Tetap Gebu Dan Sedap!

Kategori:

Kek red velvet atau dikenali juga dengan nama kek baldu merah merupakan antara kek yang paling popular di Malaysia abad ini. Kek ini biasanya disediakan bersama dengan lapisan atau campuran keju dan juga krim vanilla. Kenapa kek ini berwarna merah macam ni, warna tersebut adalah berasal daripada tindak balas serbuk koko dengan bahan berasid seperti mentega. Tetapi pewarna makanan merah tetap juga ditambah bagi menaikan lagi seri kek red velvet ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ½ cawan all-purpose flour
  • 1 sk garam
  • 2 sb cocoa powder
  • 1 ⅓ cawan vegetable oil
  • 1 cawan buttermilk – suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cawan susu)
  • 2 sb red food colouring
  • 1 sk vanilla extract
  • 2 biji telur gred A – suhu bilik
  • 1 ¼ cawan gula kaster (boleh kurangkan)
  • 1 sk white distilled vinegar
  • 1 sk baking soda

Bahan Lapisan Cheese:

  • 500 g cream cheese (sebab buat dua adunan)
  • ½ cwn icing sugar
  • 2 biji telur
  • 1 teaspoon vanilla extract

CARA PENYEDIAAN:

  1. Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.
  2. Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.
  3. Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
  4. Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki).
  5. Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang saiz 8 inci. Saya guna 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak.
  7. Untuk cheese marble, masukkan cream cheese, gula, telur & vanilla ke dalam mixing bowl. Gaul sebati guna mixer. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  8. Tuangkan atas pan yang telah diisi dengan adunan kek tadi. Saya ratakan adunan cheese dgn masukkan dalam piping beg & ratakan atas adunan kek.
  9. Saya simpan sikit adunan kek dlm 1-2 sudu, untuk titikkan atas adunan cheese & gunakan lidi utk lorekkan corak marble.
  10. Bakar pada suhu 180C selama 25-30 minit bergantung pada oven masing².
  11. Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Noorul Izzah Marzuki‎

tags: |