Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Resepi Mexico Bun @ Papa Roti

Resepi Mexico Bun @ Papa Roti

Kategori: ,
Resepi Mexico Bun

Resepi Mexico Bun @ Papa Roti. Sangat mudah dan senang. Jangan lupa cuba ya, sesuai dimakan untuk minum petang.

Resepi Mexico Bun @ Papa Roti

BAHAN-BAHAN MEMBUAT DOH ROTI.

  • 500 gm tepung roti diayak terlebih dahulu
  • 1 sudu kecil bread improver + 1 sudu kecil bread softener
  • 75 gm gula kastor
  • 3 sudu teh yis kering
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji telur dipukul
  • 250 ml susu segar
  • 60 gm mentega

* Klau xde bread softener @ improver bleh gantikan dengan shortening

BAHAN-BAHAN MEMBUAT INTI PAPA ROTI.

  • 200 gm mentega
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 70 gm gula perang

CARA-CARA MEMBUAT INTI PAPA ROTI.

  1. Pukul mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit.
  2. Masukkan esen & gula perang. Pukul sebati. Ketepikan.

BAHAN-BAHAN MEMBUAT TOPPING PAPA ROTI.

  • 100gm mentega
  • 80 gm gula aising
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar nescafe dicampur sedikit air panas
  • 100 gm tepung gandum yang telah diayak

CARA-CARA MEMBUAT TOPPING PAPA ROTI.

  1. Putar mentega selama 5 minit.
  2. Masukkan telur, gula aising dan bancuhan Nescafe (Nescafe nie digunakan untuk menaikkan aromanya).
  3. Masukkn tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati dan ketepikan dahulu sementara waktu.

CARA-CARA MEMBUAT PAPA ROTI.

  1. Tepung, gula dan garam digaul di dalam mangkuk hingga sebati. Masukkan yis, bread improver dan softener dan digaul rata sekali lagi.
  2. Masukkan telur & susu segar dan gaulkannya sehingga rata.
  3. Anda boleh la menguli doh anda.
  4. Masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh kenyal dan tidak melekat di tangan selama 10- 15 minit @ hingga licin..
  5. Biarkan doh anda seketika dan biarkan sehingga kembang. Jadikan doh anda berbentuk bulat atau mana-mana yang anda suka.
  6. Selepas itu ambil sebiji doh & leperkan atasnya sikit.
  7. Masukkan inti tadi dan tutup semula dengan doh anda itu.
  8. Masukkan doh yg telah dibubuh inti tadi di atas loyang pembakar yang telah diletak bawahnya dengan mentega.
  9. Biarkan selama 45 minit di tmpt yg berhaba. Tutup bekas dan tutup lagi dgn tuala@ kain yg bersih supaya doh dapat haba..
  10. Selepas 45 minit, letakkan topping di atas roti yg telah kembang tu.
  11. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu
  12. 170’C selama 15 minit atau bun keperangan.

Selamat mencuba!

tags: