Tengok gambar pun dah terliur ni, kalau dapat memang pasti akan terbawa-bawa dalam mimpi! Sesuai dengan nama yang diberi, resepi mi goreng ketagih. Jom cuba buat untuk makan pagi atau makan malam.
Resepi Mi Goreng Ketagih (Kuantiti 1/2 paket mi kuning)
Cara-cara:
- Tumbuk bahan di bawah:
– 2 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
– 3 ulas bawang putih
– 2 tangkai cili padi merah
- Panaskan sedikit minyak. Tumis sehingga wangi bahan tumbuk tadi.
- Kemudian masukkan isi ayam yang dihiris nipis serta lebar. Selepas dua minit, tuangkan:
– 1 sudu besar kicap pekat
– 5 sudu besar kicap lemak manis
– 5 sudu besar kicap cair
– 1 sudu besar kicap sotong
– 4 sudu besar sos cili Life
- Masukkan pula seekor sotong. Tambahkan 1/2 cawan kecil air.
- Seterusnya tos bersih 1/2 plastik mi kuning dan masukkan ke dalam kuali.
- Perasakan dengan satu sudu besar gula (kurangkan jika perlu) dan secubit garam.
- Setelah urat mi melembut, masukkan udang. Selepas seminit dua, pecahkan sebiji telur. Gaul sebati.
(Pastikan ada baki kuah dalam mi. Jika kering, masukkan sedikit air lagi sebelum dipecahkan telur)
- Terus masukkan sawi, taugeh dan hirisan cili merah. Kacau seminit sebelum ditutup api.
- Sedia untuk dihidangkan bersama sambal cili dan keropok ikan. Perah asam limau sebelum dimakan.
Kredit: Afy AL Habibi