Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Asyik Makan Yang Besar Je, Jom Buat Mini Basque Burnt Cheesecake Ni Pulak

Asyik Makan Yang Besar Je, Jom Buat Mini Basque Burnt Cheesecake Ni Pulak

Kategori:
resepi mini basque burnt cheesecake

Siapa-siapa kat sini pernah jumpa atau rasa tak mini basque burnt cheesecake ni? Ke asyik jumpa yang besar je? Yang kecil macam ini sebenarnya lepas cantik dan sedap rasa dia. Nak buat pun tak susah. Mudah je, Jangan pening-pening hanya ikut je resepi kat bawah ini. InshaAllah menjadi basque burnt cheesecake anda.

BAHAN-BAHAN :  (satu adunan dapat 20biji)

  • Loyang muffin
  • 500gm cream cheese
  • 15gm tepung gandum
  • 150gm gula kastor
  • 3 biji telur
  • 250gm whipping cream
  • 1 sdt esen vanila

CARA PENYEDIAAN:

  1. Cream cheese dan gula pukul hingga creamy.
  2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Sebatikan.
  3. Masukkan tepung pukul sebati.
  4. Masukkan whipping cream pukul sebati
  5. Paipkan atau tuang adunan ke dalam loyang muffin yang telah di alas parchment paper. ( tuang penuh )
  6. Bakar selama 30 min. Suhu 180’c. 10 min terakhir guna api atas sahaja untuk bagi permukaan atas rentung.
  7. Dah masak, biarkan sekejap dalam oven. Dah sejuk, chill semalaman.
  8. Boleh paipkan dengan nutella atau dengan apa2 filing ikut suka hati. Kreativiti tiada sempadan. Macam2 flavour boleh buat dengan satu resepi. Asalkan berani.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Norashikin Ismail

Baca juga: Basque Burnt Cheesecake Paling Simple Tapi Rasa Dia Kebabom!

tags: |