Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mini Cake Chocolate Moist Yang Gebu & Sedap

Resepi Mini Cake Chocolate Moist Yang Gebu & Sedap

Kategori: ,

Ini dia resepi kek coklat mini yang gebu dan sedap. Rasa coklat tu sedap sangat, cair dimulut. Memang terbaik. Jom kita cuba buat. Tapi pastikan ada bekas plastik kecil tu ye. Barulah feel. Anak-anak pun suka.

BAHAN A

  • 1 cawan tepung
  • 1 sdt baking powder
  • 1 sdt soda bikarbonat

*Satukan semua bahan dan ayak

*Ketepikan

BAHAN B

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 3/4 cawan gula pasir

*Satukan semua bahan

*Menggunakan api perlahan masak sehingga gula larut

BAHAN C

  • 4 biji telur | Kisar

*BEKAS PLASTIK SECUKUPNYA SAIZ 4oz

BAHAN COKLAT LELEH

  • 250 gm coklat masakan
  • 250 ml UHT whipping cream
  • 1 sdt golden syrup/madu
  • 1 sdb butter
  • 1 sdt hazelnut paste
  • 1 sdt esen vanilla

CARA PENYEDIAAN :

  1. Masukkan Bahan A kedalam Bahan B diselang selikan dgn Bahan C
  2. Sebatikan
  3. Tuang adunan 1/2 daripada bekas plastik yang digunakan
  4. Kukus selama 30min
  5. Sejukkan

CARA BUAT COKLAT LELEH

  1. Satukan coklat, butter dan paste hazelnut ke dalam mangkuk
  2. Satukan UHT whipping cream dan golden syrup ke dalam periuk dan panaskan hingga berwap
  3. Angkat dan tuangkan ke dalam bekas berisi coklat masakkan
  4. Kacau sebati sehingga coklat mencair
  5. Masukkan esen vanilla dan sebatikan
  6. Tuang ke atas kek
  7. Sejukkan dan hias suka hati

SELAMAT MENCUBA !

Sumber : Facebook Mas Cotek

 

tags: