Bila dah demam atau badan tak sihat, mulut akan jadi rasa tak selera untuk makan. Nak masuk apa-apa makanan pun tak boleh sebab badan dah tiada tenaga. Mula lah kita mencari apa jenis makanan yang sesuai untuk orang yang tidak sihat.
Ini resepi Moi Sup Ayam yang sesuai untuk orang yang tidak sihat atau demam.
Bila Sakit Tapi Tak Ada Selera Nak Makan, Ini Resepi Moi Sup Ayam Sesuai Untuk Orang Yang Demam & Tak Sihat
Resepi Moi Sup Ayam ini dikongsikan oleh Empunya Resepi di Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda. Mudah sahaja cara untuk menyiapkan dan bahan-bahannya juga mudah didapati di mana mana kedai runcit.
Bahan-Bahan:
- Beras (Jika nak buat pagi, malam sebelum tidur boleh rendam terus) @ tak rendam dulu pun tidak apa
- Kiub pati ayam
- Bawang putih (diketuk)
- Bawang goreng (guna bawang putih)
- Halia dihiris @ diketuk
- Daun Sup
- Carrot
- Lada hitam (ditumbuk)
- Isi Ayam atau Daging
- Kicap Manis (untuk Sambal)
- Sos Ikan (untuk Sambal)
- Cabai Melaka (untuk Sambal)
Cara Penyediannya:
- Rebus beras dan masukkan halia yg sudah diketuk atau dihiris dan bawang putih juga diketuk.
- Carrot yang dipotong dadu dan Lada hitam.
- Masukkan juga kiub pati ayam,garam secukup rasa.
- Rebus ayam dalam periuk asing dan bila ayam dah masak toskan airnya.
- Goreng ayam hanya sekejap (jangan sampai garing. Selepas goreng carikkan ayam kecil-kecil
- Guna semula air rebusan ayam masukkan bersama beras yang direbus tadi.
- Bila dah lembut beras tadi menjadi bubur hiris (batang sahaja) daun Sup dalam seinci, tabur dan tutup api.
- Untuk cabai kicap, masukkan kicap manis, sos ikan, gula, garam, cabai Melaka dan perasakan secukupnya (lebih sedap kalau simpan dalam peti sejuk cabai kicap ini)
- Hiris bawang putih nipis-nipis goreng.