Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sedapnya.. Cara Buat Ayam Bakar Juicy, Resepi Mudah Tapi Sedap!

Sedapnya.. Cara Buat Ayam Bakar Juicy, Resepi Mudah Tapi Sedap!

Kategori:
Ayam Bakar Juicy

Jom cuba resepi ayam bakar juicy dan semestinya sedap, perkongsian oleh Dani Shoppe’s. Anda boleh ubah suai bahan mengikut selera masing-masing. Boleh juga nak guna sos kimball, tapi jika tiada, boleh ikut cara ini. Selamat mencuba.

Sedapnya.. Cara Buat Ayam Bakar Juicy, Resepi Mudah Tapi Sedap!

Bahan A:

  • 1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan

Bahan B:

  • 1 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia

Bahan C:

  • Sedikit sos tiram
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Serbuk kunyit
  • Lada hitam serbuk
  • Lada hitam hancur
  • Sedikit lada putih
  • Garam
  • Sedikit minyak masak @ minyak bijan
  • Lebih kurang 1 sudu besar planta
Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B.
Gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.

Bahan D:

  • Gula atau madu

Cara-cara:

  1. Boleh skip kalau tak suka, saya letak madu supaya tak rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap tadi.
  2. Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.
  3. Bakar dalam oven ikut suhu masing² ye. Saya guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.
  4. Selamat mencuba.

Kredit: Dani Shoppe’s

 

Baca juga: Cara Buat Chicken Grill Juicy ‘Step By Step’, Mudah Sangat. Ini Resepinya…

tags: |