Ayam Masak Kicap Mamak Style ini memang terlalu berbeza dengan Melayu punya. Kalau melayu ayam masak kicapnya berwarna hitam tetapi ayam masak kicap mamak style ini berwarna merah. Seolah-olah seperti ayam masak merah kan? Tapi rasa dia memang sedap.
Siapa yang pernah rasa pasti tahu. Kalau korang dah lama tak makan Mamak dan teringin nak makan boleh masak sendiri dekat rumah menggunakan resepi di bawah ini.
Cara Buat Ayam Masak Kicap Mamak Style Yang Super Marvelous!
BAHAN-BAHAN:
- Ayam 5-6 ketul (nak lebihkan ayam,lebihkan bahan)
- Bawang besar sebiji*
- Bawang putih 5 ulas*
- Halia 1 inci*
- Lada hitam *1 sudu besar
- Serbuk kari 2 sudu (daging or ayam boleh je)
- Cili giling 2 sudu
- Serbuk knor 1 sudu besar
- Serai
- Kicap pekat/kicap manis
CARA PENYEDIAAN:
- Blender semua bahan yang bertanda * (ikut resepi asal hiris-hiris je).Untuk bagi lebih sedap, boleh blend.
- Panaskan minyak,tumis bahan-bahan yang diblender tadi, lepas tu masukkan serbuk kari, cili giling, serbuk knor dan tumis smpai naik bau atau naik minyak.
- Masukkan kicap pekat berserta kicap manis dan kacau sebati.
- Kemudian masukkan ayam. Sebatikan dan masukkan air sedikit.
- Tutup periuk nak bagi ayam cepat masak.
- Ayam dah masak bolehlah masukkan garam dan sedikit gula.
- Siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat Ayam Masak Kicap Mamak Style ini? Bagi yang rindu nak makan masakan mamak, tapi sukar untuk cari kedai mamak. Bolehlah buat sendiri di rumah. Tak rugi pun tau kalau mencuba. Sekiranya sedap, pasti puas hati.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Wahida Alya Via MAHN
Baca juga : Tak Sampai Sehari Hampir 2K Perkongsian, Ini Dia Resepi Ayam Masak Madu Yang Super Mudah Dan Sedap!