Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Mudah Buat Biskut Coklat Nestum Yang Crunchy, Sekali Rasa Nak Lagi

Ini Cara Mudah Buat Biskut Coklat Nestum Yang Crunchy, Sekali Rasa Nak Lagi

Kategori: ,
biskut coklat nestum

Biskut coklat nestum merupakan antara biskut yang sangat enak dan mudah untuk disediakan. Bahan yang digunakan juga tidak terlalu banyak dan bukan bahan yang sukar untuk ditemui. Jadi kalau tiba-tiba rasa nak buat biskut coklat nestum ini, boleh terus buat.

Ianya memang sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja. Sama ada untuk hari raya atau hari biasa. kalau buat ni memang pasti anda akan berpuas hati. Jadi tunggu apa lagi. Jom kita buat biskut ini sekarang!

Resepi Biskut Coklat Nestum Yang Mudah & Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm buttercup / marjerin
  • 3/4 cawan gula (kisar halus)
  • 1 kuning telor
  • 1 sk esen vanila
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan oat / nestum (kisar hancur)
  • 1/2 cawan serbuk koko

CARA PENYEDIAAN:

  1. Satukan butter, gula, kuning telor, esen vanila. Kacau sebati guna senduk je.
  2. Masukkan nestum/oat dan serbuk koko.
  3. Masukan tepung jagung dan tepung gandum. Uli jadi doh. Kalau lembik boleh tambah gandum sedikit-sedikit.
  4. Bentukkan dan hias, susun atas loyang disapu marjerin .
  5. Bakar suhu 170c selama 20-25 minit.
  6. Siap.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit resepi : Wan Atirah

Baca juga : Cara Simple Buat Nasi Minyak Dan Daging Beriani, Memang Padu Rasanya!

tags: