Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mudah Dimsum Guna Kulit Popia Je, Menjadi & Sangat Sedap. Sekali Hidang Terus Licin!

Resepi Mudah Dimsum Guna Kulit Popia Je, Menjadi & Sangat Sedap. Sekali Hidang Terus Licin!

Kategori: ,
dimsum

Dimsum merupakan makanan tradisional negara China yang sangat digemari oleh penduduk dunia. Sudah lama hadir, makanan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu goreng dan kukus. Perasan tak makanan yang berwarna putih yang dikukus dalam bekas buluh? Itulah Dimsum. Di dalamnya pula akan diisi dengann inti yang cukup enak.

Nak cuba buat sendiri Dimsum ini? Sangat mudah dan sememangnya sangat enak. Bahkan lebih selamat dan yakin untuk menikmatinya apabila dibuat dengan air tangan sendiri ni. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini.

Cara Buat Dimsum Guna Kulit Popia, Mudah Je!

Bahan-Bahan:

Bahan Inti:

  • 3 sudu besar Isi ayam dicincang halus
  • 2 sudu besarudang dicincang halus
  • 2 sudu besar carrot
  • 1 sudu besar bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Lada putih ikut citarasa
  • Lada hitam ikut citarasa
  • Garam
  • Perasa

Lain-lain bahan:

  • Kulit popia yang besar | Potong 4
  • Sedikit tepung gandum (dibancuh) | sebagai gam

Cara Penyediaan:

  1. Gaul semua bahan inti tadi.
  2. Letak inti ke dalam kulit popia yang sudah dipotong empat.
  3. Lipat atau pusing. Janji dia melekat
  4. Dah siap pusing-pusing semua.
  5. Kukus selama 15-20 minit.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Dimsum ini? Guna kulit popia sahaja, tetap menjadi dan sangat enak. Kalau anda masih belum mencubanya, bolehlah cubanya sekarang. Sangat sedap tau!

Selamat Mencuba!

Kredit: Myra Chaqkey 

Baca juga: Resepi Nasi Goreng Daging Yang Menyelerakan, Bila Makan Memang Tak Ingat Dunia!

tags: | |