Gulai Ayam Kelantan memang berbeza dengan gulai yang dimasak oleh negeri lain. Daripada segi rasanya dan juga cara menyediakannya juga agak berbeza. Untuk pengetahuan anda, gulai Kelantan ini akan dimasukkan sedikit lengkuas. Mungkin di situ perbezaanya kot. Di Kelantan, selain daripada bersarapan dengan nasi kerabu, menu gulai ayam juga akan dijadikan menu sarapan pagi.
Apa yang mudah dalam menyediakan menu ini adalah, tak perlu tumis rempah kasar semasa menumis. Selain daripada makan dengan nasi, gulai ini juga memang sedap dicicah lempeng atau roti benggali.
Resepi Mudah Gulai Ayam Kelantan
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam dipotong dan dicuci bersih
- 1 labu bawang merah besar *
- 4 ulas bawang putih *
- 1 inci halia *
- 1 inci lengkuas *
- 2 sdb cili kisar
- 1/2 sdb rempah kerutuk
- 1 peket rempah kari cap orang terbang / 3 sdb rempah rempah gulai ayam timbang
- 1 mangkuk santan jgn pekat sgt
CARA PENYEDIAAN:
- Blend bahan-bahan bertanda ** hingga lumat dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
- Bila dah cantik pecah minyak, masukkan ayam dan juga rempah kari.
- Gaul rata dan masak hingga air ayam kering. Tambahkan air dan masak hingga ayam empuk.
- Masuk asam keping, garam, nisan dan serbuk perasa.
- Masukkan santan dan masak sehingga mendidih.
- Gulai tak nak pekat sangat dan tak nak cair sgt. Macam masak kari ayam biasa. Kena ada rasa lemak-lemak masam manis. Sedap juga cicah dengan roti.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Rosmaliza Omar
Baca juga: Cara Masak Telur Paling Aneh Tapi Sedap, Ini Dia Resepi Gulai Telur Pekat Likat, Sungguh Menyelerakan!