Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Ikan Siakap Stim ‘Tanpa’ Stim, 2 kali Ganda Lebih Sedap Tau!

Wanita Ini Kongsi Resepi Ikan Siakap Stim ‘Tanpa’ Stim, 2 kali Ganda Lebih Sedap Tau!

Kategori:
resepi ikan siakap stim

Ini dia resepi Ikan Siakap Stim tanpa stim. Walaupun tak stim rasanya tetap sedap dan menyelerakan. Senang pula tu sebab tak banyak kerenah. Kalau buat confirm cepat je habis ni. Resep Ikan Siakap Stim ini di kongsi oleh seorang wanita di laman facebook.

Resepi ikan Siakap Stim kali ini tidak menggunakan kaedah stim seperti biasa. Ianya sangat berbeza namun lebih sedap tau. Jom kita ikuti resepi perkongsian Seera Maheran di bawah ini.

Cara Buat Ikan Siakap Stim ‘Tanpa’ Stim, 2 kali Ganda Lebih Sedap Tau!

BAHAN-BAHAN:

  • Lemon
  • Asam boi
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Bawang Holland
  • Tomato cherry
  • Lobak
  • Serai
  • Halia
  • Ikan siakap

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumiskan 3 ulas bawang putih yang di ketuk, 1 biji bawang holland yang didadukan, halia dan serai dengan sedikit minyak.
  2. Apabila dah naik bau masukkan air ikut suka. (Nak kuah banyak mana)
  3. Kemudian perahkan jus lemon dan masukkan penambah perasa sedikit.
  4. Apabila air dah mendidih masukkan ikan siakap.
  5. Kemudian masukkan 2 hingga 3 biji asam boi. Biarkan mendidih seketika hingga ikan masak.
  6. Apabila nampak ikan hampir masak, masukkan pula bawang merah, lobak dan sedikit garam  serta gula.
  7. Kemudian masukkan hirisan lemon.
  8. Nampak ikan masak bolehlah tutup api dan masukkan tomato cherry.
  9. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Ikan Siakap Stim ini? Ikut je resepi dekat atas ni. Yang penting jangan derhaka resepi, barulah masakan anda menjadi dan sedap. Setiap minggu nak repeat tau.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Seera Maheran

Baca juga: “Tak Pernah Lagi Rasa Ikan Siakap Sedap Macam Ni”, Masakan Ikan Siakap 3 Rasa Wanita Ini Di Puji. Ini Resepinya..

tags: | |