Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mudah ‘Ketupat Sotong Kelantan’, Rasa Manis Berlemak Sedap Yang Amat!

Resepi Mudah ‘Ketupat Sotong Kelantan’, Rasa Manis Berlemak Sedap Yang Amat!

Kategori:
Ketupat Sotong

Kalau sebut berkenaan makanan di negeri Cik Siti Wan Kembang ini, semua sudah sedia maklum dengan variasi makanan yang sedap dan unik. Daripada menu makanan berat seperti nasi berlauk sehinggalah ke menu pencuci menu yang lazat seperti ketupat sotong.

Jika anda pernah ke Kelantan, pasti anda pernah mencuba satu menu yang tidak ada di tempat lain iaitu ketupat sotong! Menu unik yang menggunakan sotong sebagai bahan utama dan juga pulut yang disumbatkan ke dalam sotong.

Kalau anda mahu tahu rasanya bagaimana, boleh cuba buat menggunakan resepi perkongsian oleh Redzuan Abd Manaf di bawah. Pasti dapat memikat hati anda!

Resepi Ketupat Sotong Kelantan

Bahan-bahan:

  • 1kg sotong.
  • 3/4 kg beras pulut.
  • 1/2 kg santan.
  • 4 keping gula melaka/manisan.
  • Secubit garam.
  • Daun pandan.
  • Lidi (untuk cucuk kepala sotong)

Cara-cara:

  1. Rendamkan beras pulut selama 30minit/ikut suka.
  2. Bersihkan sotong dari kotorannya.
  3. Lepas tu bersihkan pulut, masukkan sedikit santan dan beberapa cubit garam bersama-sama. Gaulkan sehingga sebati bahan-bahan tu ya.
  4. Dan sumbatkan sotong dengan pulut yang berisi santan sehingga gemok2 jadinya.
  5. Panaskan periuk dan masukkan santan yang selebihnya. Dan kita masukkan sotong-sotong yang (da diisi pulut didalamnya) bersama-sama.
  6. Campakkan daun pandan yang dah diikat bersimpul.
  7. Selepas itu, masukkan beberapa keping/kerek gula melaka (orang Kelantan panggil nisey).
  8. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

tags: |