Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mudah Buat Lontong Tapi Sedap, Cukup Menyelerakan. Tak Cukup Semangkuk!

Resepi Mudah Buat Lontong Tapi Sedap, Cukup Menyelerakan. Tak Cukup Semangkuk!

Kategori:
resepi lontong

Lontong adalah antara makanan istimewa Indonesia dan Malaysia. Sering dihidangkan ketika hari raya atau ketika sambutan rumah terbuka. Namun sekarang sudah banyak dijual di kedai atau restoran sebagai makanan harian. Namun kalau nak buat sendiri, boleh je. Lebih sedap dan pastinya puas hati sebab nak makan banyak mangkuk pun boleh.

Nak buat lontong ini mudah sahaja tau, ikut sahaja resepi di bawah ini. Yang penting jangan sesekali derhaka resepi.

Cara Buat Lontong Yang Sedap & Menyelerakan! 

Bahan-bahan:

  • Nasi Himpit | rebus
  • Lobak merah
  • Kacang panjang
  • Tauhu | goreng terlebih dahulu
  • Udang
  • Pucuk | rendam sekejap
  • Tahun (suun) | basuh sahaja
  • Sekotak santan
  • Kiub ikan bilis
  • Asam keping
  • Bahan perasa
  • Telur rebus
  • Sambal tumis
  • Kuah kacang

Bahan kisar :

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Serai
  • Lengkuas
  • Halia
  • Buah keras
  • Kunyit hidup
  • Udang kering
  • Ikan bilis

Cara penyediaan:

  1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masuk air untuk kuah.
  2. Masukkan lobak merah, kacang panjang dan asam keping.
  3. Masak hingga mendidih, masukkan kiub ikan bilis, udang dan tauhu goreng yang dipotong dadu.
  4. Tuang santan dan sayur pucuk serta bahan perasa. Bila mendidih, masukkan tahun (suun) dan tutup api. Boleh tabur hirisan cili besar.
  5. Sediakan mangkuk, masukkan beberapa ketul nasi himpit, tuang kuah kemudian letak sambal tumis dan telur rebus. Dah boleh ngap setelah bismillah.

Mudah sahaja kan resepi lontong ini? Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita cari barang sekarang. Kalau dah buat tu pasti tak cukup semangkuk. Mahu menambah-nambah sampai tak sedar dah licin.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Novelis Afieyza Isahak‎

Baca juga: Cara Buat Kuih Tradisional Telaga Emas Yang Sedap Dan Lemak-Lemak Manis

tags: