Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mudah Mi Sup Pedas Ala Cina Bersama Telur Rebus, Hidangan Seperti Mukbang Cina. Hampir Sama & Sedap!

Resepi Mudah Mi Sup Pedas Ala Cina Bersama Telur Rebus, Hidangan Seperti Mukbang Cina. Hampir Sama & Sedap!

Kategori: ,
mi sup pedas ala cina

Pernah tengok para instafamous atau youtuber famous yang menunjukkan mukbang mi sup pedas? Tengok diaorang makan bersama-sama dengan telur rebus nampak sedap dan menggiurkan bukan? Kadangkala tekak teringin pula nak makan, cari resepi yang mudah dan cepat tapi tak jumpa pula.

Jadi apa kata kali ini anda boleh lihat perkongsian resepi Mi Sup Pedas dari Puan Zurina Zulkefli ini. Kelihatan caranya sangat ringkas dan tampak sungguh menyelerakan.

Cara Buat Mi Sup Pedas Ala Cina Yang Sedap Dan Menyelarakan!

Terdapat 4 bahagian utama yang perlu disediakan:

  1. Minyak cili
  2. Air rebusan stok ayam
  3. Mi kanji ubi (potato noodles)
  4. Telur rebus

Resepi Minyak Cili

Bahan-bahan: 

  • 1 sudu cili flakes
  • 2 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 1 sudu kecil biji bijian
  • 1 sudu besar cuka makan/cuka hitam
  • 4 sudu besar kicap cair
  • Sedikit garam
  • Serbuk lada sinchuan – optional
  • 3 sudu minyak masak/ minyak matahari/ minyak bijan

Cara penyediaan: 

  1. Sedia satu mangkuk kecil.
  2. Masukkan semua bahan di atas kecuali minyak masak.
  3. Gaulkan kesemua bahan tersebut.
  4. Panaskan minyak masak dan tuangkan minyak yang dipanaskan ke dalam mangkuk bahan yang digaul tadi.

Cara hidangan:

  1. Rebus mi kanji selama 10 minit untuk dapatkan tekstur yang betul-betul lembut. Toskan dan letak dalam mangkuk. 
  2. Tuangkan minyak cili tadi ke atas mi. 
  3. Masukkan air rebusan stok ayam ke atas mi. Saya guna kiub pati ayam je. 
  4. Siap. 
  5. Taburkan sedikit hirisan daun bawang. 
  6. Masukkan telur rebus dan makan. 

Mudah sahaja kan nak sediakan Mi Sup Pedas Cina ini? Makan waktu musim sejuk atau malam, memang nikmatnya sungguh terasa. Bagi anda yang meminati makanan pedas dan makanan negara Cina, bolehlah terus mencuba Mi Sup Pedas ini. Sangat mudah dan sedap!

Kredit: Zurina Zukefli

Baca juga: Selalu Hancur Berkecai Bila Masak Bihun Jasmine? Ini Dia Tips Penting Yang Anda Wajib Tahu!

tags: | |