Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mudah Nasi Goreng Ayam Yang Sedap, Confirm Rasanya Sama Dengan Restoran Mahal

Resepi Mudah Nasi Goreng Ayam Yang Sedap, Confirm Rasanya Sama Dengan Restoran Mahal

Kategori:

Teringin nak makan nasi goreng ayam macam dekat kedai tu? Ini dia ada resepi mudah nak buat nasi goreng ayam yang sedap dan menyelerakan. Kalau malas nak ke kedai, boleh buat sendiri je dekat rumah. Semua orang boleh cuba walaupun anda bukan yang mahir memasak.

BAHAN-BAHAN:

  • Nasi putih(nak sedap nasi yg masak dalam 2 jam gitu) tak keras lagi
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering blend | 2 atau 3 sudu
  • Ayam
  • Telur sebiji
  • Cili padi kalau nak
  • Kicap manis / kicap apa pun boleh
  • Garam
  • Gula
  • Ajinamoto
  • Kiub pati ayam (1/2)
  • Sayur (apa-apa sayur yg sedap sawi ,carrot, kobis dan kacang panjang

CARA PENYEDIAAN:

  1. First sekali ayam mentah di cuci bersih dan digaul garam serta kunyit. Kemudian di goreng( ayam goreng).
  2. Kemudian, tumis bahan tumisan iaitu bawang merah dan bawang putih. Apabila sudah garing dan wangi masukkan cili kering.
  3. Dah pecah minyak masukkan kicap manis atau apa-apa kicap kemudian pecahkan telur sebiji dan kacau.
  4. Masukkan perasa iaitu garam, gula sikit, kiub pati ayam dan ajinamoto sikit kalau nak(ajinamoto yang buat sedap)
  5. Dah nampak pekat dan cukup rasa tu baru masukkan nasi putih. Kemudian kacau lah sehingga sebati.
  6. Last sekali masukkan sayur yg disukai.
  7. Kemudian ambil ayam goreng tu diketuk dan cincang seperti dalam gambar, curahkan sos di atas macam dalam gambar tu.
  8. Kalau rajin buat la sup dan kemudian potong la timun ,tomato ke salad ,bawang goreng ke sebagai hiasan.
  9. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Cik Merpati Putih

tags: