Dah bosan asyik makan lauk yang biasa sahaja? Apa kata cuba buat ikan bakar pula. Tak payah beli pes ikan bakar instant atau beli ikan bakar dekat kedai. Buat sendiri je pesnya itu. Sekali buat, buat banyak terus tak apa. Nanti simpan je dalam peti ais. Kalau buat sekali confirm hari-hari nak makan ikan bakar tau!
Lelaki Ini Kongsi Resepi ‘Rahsia’ Pes Ikan Bakar Yang Di Jualnya, 100% Dijamin Sedap
BAHAN-BAHAN:
- Bawang merah *
- Halia*
- Lengkuas*
- Serai*
- Buah Keras*
- Cabai kisar*
- Bunga kantan*
- Belacan*
- Gula perang secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Asam jawa secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
- Sedikit daun limau purut
CARA PENYEDIAAN:
- Kisar semua bahan-bahan bertanda * dengan sedikit air sehingga agak halus.
- Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi sampai agak pekat guna api perlahan.
- Masukkan daun limau purut dan kemudian perasakan dengan gula perang, garam dan asam jawa.
- Masak lagi sampai jadi pes yang pekat sehingga terbit minyak.
- Siap untuk digunakan.
Nota: Boleh buat banyak-banyak dan simpan stok pes ini di dalam peti ais. Apabila nak guna, ambil je.
Sumber: Muhamad Farid Omar