Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Mudah Je Nak Buat Popia Pisang (Popis) Ni. Balut, Goreng Dan Nyum! Memang Puas Hati Boleh Makan Sepuasnya

Mudah Je Nak Buat Popia Pisang (Popis) Ni. Balut, Goreng Dan Nyum! Memang Puas Hati Boleh Makan Sepuasnya

Kategori: ,
resepi mudah popis

Popis merupakan pencuci mulut yang sangat terkenal saat ini. Sudah ramai yang merasainya dan jatuh cinta dengan keenakan popis ini. Popis ini sebenarnya adalah popia yang ditengahnya terdapat pisang. Gabungan dua nama popia dan pisang maka terhasillah popis. Rasanya tersangatlah sedap. Kalau anda tak nak beli dekat luar, apa kata buat sendiri je dekat rumah. Sediakan bahan, buat dan makan! Senang sangat. Apa yang lebih menarik lagi adalah, apabila anda menyediakan popis ini sendiri ianya amat menjimatkan dan anda boleh makan sepuasnya!

Mudah Je Nak Buat Popia Pisang (Popis) Ni. Balut, Goreng Dan Nyum! Memang Puas Hati Boleh Makan Sepuasnya

BAHAN-BAHAN:

  • Kulit popia
  • Pisang
  • Susu pekat (untuk topping cheese)
  • Bancuhan tepung jagung

Bahan hiasan:(terpulang nak apa)

  • Coklat hershey’s
  • Milo
  • Nestum
  • Cheese
  • Cornflakes

CARA PENYEDIAAN:

  1. Belah dua pisang. Boleh gunakan pisang jelai, pisang nangka atau apa-apa pisang yang enak di makan.
  2. Letakkan pisang di atas kulit popia dan balut.
  3. Kemudian panaskan minyak dan goreng popis tadi sehingga keperangan atau masak.
  4. Setelah masak boleh lah menghias atau letakkan topping yang anda suka atas popia tu.
  5. Siap untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit gambar: cempedak cheese & popis_my

tags: |