Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Pulut Kuning Semudah ABC, Setiap Kali Buat Confirm Licin

Resepi Pulut Kuning Semudah ABC, Setiap Kali Buat Confirm Licin

Kategori:
resepi pulut kuning

Pulut kuning merupakan makanan orang Melayu yang tak lapuk dek hujan. Pulut kuning ini kebiasaanya banyak disediakan di majlis perkhawinan atau majlis kesyukuran. Ia merupakan pulut yang direndam dalam air serbuk kunyit dan dikukus sehingga masak. Pulut kuning sangat enak dan sesuai dimakan bersama dengan rendang, serunding dan sambal bilis.

Ramai yang beranggapan bahawa nak membuat pulut kuning ini agak sukar. Tetapi ada seorang wanita di laman facebook berkongsi cara semudah ABC untuk membuat pulut kuning ini.

Resepi Lengkap Pulut Kuning Yang Mudah

BAHAN-BAHAN:

  • Beras pulut
  • Asam keping
  • Serbuk kunyit
  • Santan
  • Daun pandan
  • Garam
  • Gula

CARA PENYEDIAAN:

  1. Cuci beras pulut. Rendam dalam air bersama asam keping dan serbuk kunyit tadi. Rata ratakan beras agar serbuk kunyit sekata. Rendam sekurang kurangnya tiga jam.
  2. Cukup masa panaskan alat pengukus. Miza guna pengukus je. Kalau ada noxxa pun boleh guna yek. Di sebabkan jaring dan daun pisang takde miza Alaskan jer dengan daun pandan pada loyang tu. Semerbak wangi pandan bila tengah kukus tau.
  3. Tos air beras pulut tu tadi dan buang asam gelugur. Letak beras pulut dalam loyang. Boleh simpulkan daun pandan letak dalam beras pulut tu jugak. Kukus selama 20 minit.
  4. Cukup 20 minit gembur gemburkan bagi masak sekata. keluarkan beras tadi ketepikan seketika. Jangan matikan api dapur pengukus kerana pulut akan dikukus untuk kali kedua.
  5. Kukus kali kedua ni ,nak bagi santan tu lambat basi. Kalau nak makan segera okey jer.Tapi kalau lambat boleh kukus balik pulut yang dah di campur santan tu nanti ye.
  6. Campurkan gula dan garam dalam santan tu tadi. Lepastu rasa la .Kalau dah okey lemak masin nye tu. Boleh curahkan dekat pulut yang dah siap kukus tadi.
  7. Gaulkan santan tadi dengan pulut .Gaul sedikit demi sedikit sampai semua santan sebati dengan pulut. Biarkan ia rehat dalam 10 minit. Cukup 10 minit. Boleh kukus semula pulut selama 15-20 minit.
    Tujuan agar pulut kuning nanti tahan lama dan tak cepat basi.
  8. Siap untuk dihidangkan bersama rendang ayam.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Hamizah Hassanudin

tags: | |